Friday 31 May 2013

99X Rindu ~~




Assalamualaikum...
"Fakhruddin Attar"... satu nama yang cukup indah dan membawa maksud yang mulia. Pasti ramai yang pernah mendengar nama ini. Di mana lagi kalau bukan di dalam filem 7 Petala Cinta. Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya bersama u all tentang sebuah cerita yang merupakan sinambungan 7 Petala Cinta iaitu "99 Kali Rindu" 

Kisah ini menceritakan tentang seorang lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa. Selepas kehilangan isterinya, Attar telah berhijrah ke suatu tempat yang boleh menghilangkan kesedihan yang ditanggungnya. Lalu, di dalam penghijrahan tersebut dia telah bertemu dengan dua orang wanita iaitu Fatin Qalbie (Wawa Zainal) dan Zalzena (Afiena Riana).

Konflik di dalam cerita ini lebih kurang sama dengan cerita yang saya share dengan u all sebelum ni "Warkah Cinta". Watak Fakhruddin Attar dan Amir Mukhlis yang diminati dua wanita yang berbeza perwatakan iaitu seorang yang berpegang teguh dengan agama dan seorang lagi sedikit jahil tentang agama. Kealiman kedua-dua lelaki ini dapat mengubah seorang wanita yang jahil menjadi seorang yang cintakan agama.

Nak saya huraikan dengan lebih lanjut tentang positif dan negatif cerita ni pon, saya tak tengok lagi. Jadi, saya akan huraikan selebihnya nanti selepas saya selesai tonton filem ni ok. (^_^)

So, kalau nak tahu apa kesudahan cerita ini, marilah sama-sama kita menonton "99 Kali Rindu". tidak kisahlah di Pawagam atau nak tunggu CD nye keluar. Apa yang pasti, kalau keluar tengok wayang tu pastikanlah dengan bukan Ajnabi ye.

Sekian, Wassalam... (^_^) 

No comments:

Post a Comment