Friday 31 May 2013

~Warkah Buat Kekasih~~




Assalamualaikum semua...

Warkah Cinta merupakan salah satu filem Islamik yang dapat menarik minat saya untuk berkongsi dengan u all. Sepertimana yang saya tonton, cerita ni boleh di describe kepada dua kisah cinta iaitu ketika persekolahan dan alam universiti.

Pada zaman persekolahan, Amir Mukhlis (Imam Muda Nazrul) diminati oleh seorang wanita yang bernama Wardah (Heliza) disebabkan oleh kelebihannya yang kreatif di dalam penulisan. Di samping mempunyai latar belakang keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, dia juga seorang yang sangat berilmu.

Akan tetapi cinta Wardah ditolak baik oleh Amir. Ini kerana Amir ingin focuss   di dalam pelajarannya. Bapa wardah pula seorang yang jahil di dalam agama. Jadi, dia tidak suka Wardah berkawan dengan seorang lelaki yang alim.

Selepas lulus di dalam SPM, Amir menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Nak dijadikan cerita, dia diminati pula oleh seorang wanita berpurdah yang bernama Balqis. Ketika ini, Amir tidak dapat menerima Balqis kerana terfikir tentang luahan isi hati Wardah padanya melalui surat. Jadi, wujudlah konflik di dalam hatinya.

Positif
Kebaikan yang dapat dilihat di dalamnya adalah  filem ini mempunyai unsur Islamik. Tambahan pula babak ketika Amir menyambung pelajarannya ke Kaherah. Kita dapat lihat bagaimana suasana pergaulan di sana. Terutamanya sahabat Amir  bernama Azmi yang mana sangat sayangkan Amir hingga sanggup menjaganya siang dan malam ketika dia sakit. Jika dibandingkan dengan filem-filem Islamik lain, penjagaan pergaulan di dalam filem ini lebih terjaga. Mungkin disebabkan pemegang watak Amir memang seorang Imam. Alhamdulillah... ^_^

Negatif
Di dalam positif pasti ada negatifnya. Dalam satu babak yang kurang saya gemari adalah babak waktu persekolahan di mana seorang lelaki yang bernama Samsul (bekas teman lelaki Wardah) merasuah bapa Wardah untuk menikahi anaknya. Tidak mustahil ramai di kalangan lelaki di luar ini akan melakukan perkara yang sama untuk memenuhi kehendak mereka. Nauzubillah...

Di akhir filem ini, Amir menghidapi satu penyakit yang melibatkan otak. Ketika itu, Wardah sudah meninggal dunia akibat kemalangan selepas menjadi isteri Samsul. Balqis pula setia menanti Amir Mukhlis. Jadi, sudah ditakdirkan jodoh seseorang itu akan menjadi miliknya. Hanya kesabaran perlu ditingkatkan. InshaAllah..kalau dah jodoh takkan ke mana.Aaamiin...

Sekian, Wassalam~~~ (^_^) 



No comments:

Post a Comment