Friday 19 April 2013

White Ring vs Black Ring...

Assalamualaikum....
Bersama Cik Bulbull saya ingin meneruskan lagi perjuangan Merbah Vision ini dengan menambah sedikit information dari Filem The Lord of The Ring. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit kisah tentang cincin yang dikatakan mempunyai kuasa di dalam cerita ini dengan kisah Cincin Nabi Sulaiman.

Rupa-rupanya kisah kedua-dua cincin ni telah disiratkan di dalam filem tersebut. Berdasarkan pembacaan saya, Nabi Sulaiman a.s mempunyai sebentuk cincin yang mana si pemakainya boleh mengumpulkan para jin, awan, angin, manusia dan makhluk-makhluk hidup. Selain itu, cincin tersebut mempunyai 4 sisi yang mana pada setiap sisinya tertulis ayat-ayat berikut. ;

Sisi pertama - "Tiada Tuhan selain Allah tidak ada sekutu bagi-Nya Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya"

Sisi kedua - "Wahai Allah Raja yang memiliki kerajaan, Engkau berikan kekuasaan kepada yang Engkau kehendaki. Engkau cabut (kekuasaan) dari orang yang engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau Kehendaki".

Sisi ketiga - "Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah".

Sisi keempat - "Maha Suci Engkau wahai Tuhanku yang tidak ada sekutu bagi-Mu".

Sedangkan di dalam gambar cincin di atas yang merupakan kepunyaan Sauron, tulisan yang tertera di 4 sisinya tertulis ayat-ayat berikut ;

"One ring to rule them all,
one ring to find them,
one ring to bring them all
and in the darkness bind them"


Secara general, kita dapat tengok apa maksud tersirat di sebalik ayat-ayat ni. Dia inginkan cincin tersebut hanya untuk menjadikan manusia sebagai hambanya sekaligus membawa dunia ke arah kegelapan. So, setiap apa yang kita baca, dengar dan lihat haruslah dikaji semula agar minda kita tidak dapat dipesongkan oleh kebijaksanaan mereka-mereka ini. Sekian, renung-renungkan dan fikirkanlah. Wassalam ~ ~ ~ ^_^



Thursday 18 April 2013

Sauron Mata Dajjal....

Assalamualaikum.....
Petang ni saya dapat satu information yang sangat penting untuk dikongsi bersama. Filem ni memang biasa ditonton adik-adik kita pada zaman sekolah lagi. Tapi rasanya bukan adik-adik je, yang dah besaq panjang pon dok layan lagi cerita ni kan... =p

Baiklah, pada pandangan saya filem fantasi ini dapat manarik minat penonton dengan jalan cerita nya yang penuh dengan tanda tanya. Contohnya dalam babak Frodo (hobbit atau bahasa melayunya orang kerdil) yang terjumpa satu cincin ajaib. Cincin ni dikatakan mempunyai kuasa yang boleh membuatkan pemiliknya dapat menguasai dunia.

So,ada seorang  raja bernama Sauron (kononnya raja kegelapan merangkap ketua kepada segala kejahatan di dunia)  mahukan cincin tersebut. Tapi, Frodo the Hobbit tadi nak musnahkan cincin tersebut. Masalahnya, cincin tu hanya boleh dihancurka di satu tempat je iaitu di Gunung Doom yang terletak di Modor (agak aneh bunyinya) =p. So bermula lah pengembaraan Frodo yang penuh dengan cabaran.

Buat pengetahuan semua, watak Sauron dalam cerita ni menyerupai dengan seseorang or something (xtaw nk describe dia sebagai apa) yang menjadi musuh ketat kita. Dalam masa yang sama dia boleh menyesatkan seluruh umat manusia. Siapa lagi kalau bukan DAJJAL LAKNATULLAH.

Kalau u all perasan, watak Sauron merupakan pemerintah semua tentera-tentera syaitan, mempunyai kuasa mempengaruhi manusia agar mengikut kehendaknya. Kemudian dia akan gunakan pengikutnya tadi untuk menentang manusia yang mengingkarinya. So, bukan ke sama dengan sifat Dajjal?

Lagi satu, Sauron dikatakan telah mati di dalam satu peperangan besar dengan manusia dan pari-pari. Walaupun jasadnya tiada, roh nya dikatakan tinggal di menara tinggi yang mempunyai 'mata besar' yang memerhati keadaan sekeliling. Dajjal pula mempunyai mata satu dan tinggal di dalam dasar lautan. Bezanya cuma tempat tinggal mereka sahaja.

Sebagai penutup, berwaspadalah dengan apa yang kita tonton. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang diterapkan di dalamnya akan memesongkan akidah dan fahaman agama kita. So, renung-renungkan dan fikirkanlah. Wassalam~ ~ ~ ^_^

Wednesday 17 April 2013

Konsep Tree of Life


Assalamualaikum semua....
Harini saya nak share satu movie yang agak famous di kalangan kita. Mungkin sebelum ni u all pon dah pernah tengok movie ni. Tajuk cerita ni AVATAR. Asalnya cerita ni memang ada banyak episod. Tapi saya nak share secara keseluruhan tentang cerita ni dari segi negatif dan positif serta sesuatu yang tersirat di dalamnya.

Buat u all yang tak pernah tengok movie ni, mai sini cek nak habaq mai,, kalau ikut sinopsis dia cerita ni berkisah tentang manusia yang boleh hidup di alam makhluk lain. Tapi dengan syarat menggunakan tubuh makhluk yang bergelar suku Na'vi ( orang asli separa manusia dan separa haiwan ). So, Avatar ni sebenarnya makhluk yang manusia cipta serupa dengan makhluk tersebut.

Positif- Kita dapat tengok betapa kreatifnya orang barat dalam membuat movie. Jalan ceritanya yang menarik serta berimaginasi tinggi dalam mencipta kehidupan yang berada di luar kotak fikiran kita.

Negatif- Ramai di kalangan kita yang tidak tahu bahawa filem ini sebenarnya mempunyai pengaruh Yahudi yang kuat. Buat pengetahuan semua, Ibnu Yaacob menerangkan di dalam bukunya yang berjudul " Rahsia Yahudi Dalam Filem " bahawa kajiannya menbuktikan Filem Avatar mempunyai konsep Tree of Life yang merupakan ajaran bersifat kerohanian Yahudi. Ini dapat dibuktikan dengan kehidupan Makhluk Na'vi di satu pokok yang besar yang they all puja.

Salah satu babak yang jelas tentang konsep Tree of Life ialah apabila seorang dukun wanita yang bernama Eywa membuat upacara penukaran roh di antara Jake (hero) dan Dr.Grace (rakannya) yang sedang nazak di bawah pokok besar. Bagi mereka, pokok besar tersebut mempunyai kuasa membaca fikiran dan akarnya yang berjuntai dan bercahaya itulah nyawanya.

Kesimpulannya, tak semua filem yang menarik boleh dipercayai, dan tak semua filem yang tak menarik tak boleh dipercayai. So, kalau nak tengok sesuatu movie tu, jangan la khusyuk sangat k. Tengok boleh, percaya jangan. Ok, that's all for today. Renung-renungkan lah ye... Wassalam ~ ~ ~ ^_^