Friday 31 May 2013

99X Rindu ~~




Assalamualaikum...
"Fakhruddin Attar"... satu nama yang cukup indah dan membawa maksud yang mulia. Pasti ramai yang pernah mendengar nama ini. Di mana lagi kalau bukan di dalam filem 7 Petala Cinta. Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya bersama u all tentang sebuah cerita yang merupakan sinambungan 7 Petala Cinta iaitu "99 Kali Rindu" 

Kisah ini menceritakan tentang seorang lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa. Selepas kehilangan isterinya, Attar telah berhijrah ke suatu tempat yang boleh menghilangkan kesedihan yang ditanggungnya. Lalu, di dalam penghijrahan tersebut dia telah bertemu dengan dua orang wanita iaitu Fatin Qalbie (Wawa Zainal) dan Zalzena (Afiena Riana).

Konflik di dalam cerita ini lebih kurang sama dengan cerita yang saya share dengan u all sebelum ni "Warkah Cinta". Watak Fakhruddin Attar dan Amir Mukhlis yang diminati dua wanita yang berbeza perwatakan iaitu seorang yang berpegang teguh dengan agama dan seorang lagi sedikit jahil tentang agama. Kealiman kedua-dua lelaki ini dapat mengubah seorang wanita yang jahil menjadi seorang yang cintakan agama.

Nak saya huraikan dengan lebih lanjut tentang positif dan negatif cerita ni pon, saya tak tengok lagi. Jadi, saya akan huraikan selebihnya nanti selepas saya selesai tonton filem ni ok. (^_^)

So, kalau nak tahu apa kesudahan cerita ini, marilah sama-sama kita menonton "99 Kali Rindu". tidak kisahlah di Pawagam atau nak tunggu CD nye keluar. Apa yang pasti, kalau keluar tengok wayang tu pastikanlah dengan bukan Ajnabi ye.

Sekian, Wassalam... (^_^) 

~Warkah Buat Kekasih~~




Assalamualaikum semua...

Warkah Cinta merupakan salah satu filem Islamik yang dapat menarik minat saya untuk berkongsi dengan u all. Sepertimana yang saya tonton, cerita ni boleh di describe kepada dua kisah cinta iaitu ketika persekolahan dan alam universiti.

Pada zaman persekolahan, Amir Mukhlis (Imam Muda Nazrul) diminati oleh seorang wanita yang bernama Wardah (Heliza) disebabkan oleh kelebihannya yang kreatif di dalam penulisan. Di samping mempunyai latar belakang keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, dia juga seorang yang sangat berilmu.

Akan tetapi cinta Wardah ditolak baik oleh Amir. Ini kerana Amir ingin focuss   di dalam pelajarannya. Bapa wardah pula seorang yang jahil di dalam agama. Jadi, dia tidak suka Wardah berkawan dengan seorang lelaki yang alim.

Selepas lulus di dalam SPM, Amir menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Nak dijadikan cerita, dia diminati pula oleh seorang wanita berpurdah yang bernama Balqis. Ketika ini, Amir tidak dapat menerima Balqis kerana terfikir tentang luahan isi hati Wardah padanya melalui surat. Jadi, wujudlah konflik di dalam hatinya.

Positif
Kebaikan yang dapat dilihat di dalamnya adalah  filem ini mempunyai unsur Islamik. Tambahan pula babak ketika Amir menyambung pelajarannya ke Kaherah. Kita dapat lihat bagaimana suasana pergaulan di sana. Terutamanya sahabat Amir  bernama Azmi yang mana sangat sayangkan Amir hingga sanggup menjaganya siang dan malam ketika dia sakit. Jika dibandingkan dengan filem-filem Islamik lain, penjagaan pergaulan di dalam filem ini lebih terjaga. Mungkin disebabkan pemegang watak Amir memang seorang Imam. Alhamdulillah... ^_^

Negatif
Di dalam positif pasti ada negatifnya. Dalam satu babak yang kurang saya gemari adalah babak waktu persekolahan di mana seorang lelaki yang bernama Samsul (bekas teman lelaki Wardah) merasuah bapa Wardah untuk menikahi anaknya. Tidak mustahil ramai di kalangan lelaki di luar ini akan melakukan perkara yang sama untuk memenuhi kehendak mereka. Nauzubillah...

Di akhir filem ini, Amir menghidapi satu penyakit yang melibatkan otak. Ketika itu, Wardah sudah meninggal dunia akibat kemalangan selepas menjadi isteri Samsul. Balqis pula setia menanti Amir Mukhlis. Jadi, sudah ditakdirkan jodoh seseorang itu akan menjadi miliknya. Hanya kesabaran perlu ditingkatkan. InshaAllah..kalau dah jodoh takkan ke mana.Aaamiin...

Sekian, Wassalam~~~ (^_^) 



~Cinta Islamik Berbau Syurga~






"Assalamualaikum cinta.."
"Waalaikumsalam rindu.."

Inilah lafaz keramat daripada filem 7 Petala Cinta yang mengisahkan cinta sesama manusia, cinta di antara seorang lelaki dan perempuan, cinta di antara seorang Islam dengan agamanya, cinta di antara seorang anak dan ayahnya dan cinta di antara guru dan pelajarnya.

Cerita ini bermula apabila Attar (Aeril Zafrel ), seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan Aby Ikhwan, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajarnya mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaan terhadap Saidatul Nafisa (Shima Anuar ) yang merupakan anak kepada gurunya iaitu Aby Ikhwan.

Positif
Jalan ceritanya yang penuh rasa kasih dan sayang membuatkan kita turut sama merasainya. Terutama sekali dalam babak Hamka (Fizo Omar) tunang kepada Nafisa yang sering menasihatinya tentang kesabaran dalam perhubungan.

Negatif
Secara zahirnya, kita dapat lihat pemakaian dan penampilan yang dipakai oleh watak-watak di dalam filem ini mengikut Islam. Akan tetapi ada sesetengah babak yang pemakaiannya kurang mengikut Islam. Terutamanya babak Nafisa dinikahkan dengan Attar. Wataknya yang memakai purdah tetapi memakai baju yang ketat akan mengubah perspektif orang bukan Islam terhadapnya.

Selain itu, walaupun cerita ini berunsurkan Islamik, tetapi kita dapat lihat bahawa pergaulan dan suasana di dalam cerita ini kurang menepati agama. Tambahan lagi dengan kehidupan mereka di dalam persekitaran sekolah agama (pondok).

Contohnya di dalam babak Nafisa berjumpa dengan Hamka di tepi pantai. Walaupun bertemankan seorang adik, akan tetapi ia akan menimbulkan fitnah pada sesiapa yang melihatnya. Apa salahnya kalau they all jumpa di rumah je? kan boleh ditemankan ibu bapa serta keluarga terus. Tambahan pula, di dalam babak tersebut Hamka ada meletakkan kain serbannya pada bahu Nafisa. Hmmm...dok molek kan?

Kesimpulannya, setiap apa yang ingin kita lakukan, fikirlah faedah dan kesannya. Bagi yang bergelar Islam, jika mahu dihormati orang lain, elakkanlah daripada difitnah. Sesungguhnya memfitnah itu lebih teruk dari membunuh.

Sekian, Wassalam.. (^_^)

~Tahajjud Cinta~




Assalamualaikum semua... 

Saya ingin berkongsi pendapat bersama u all tentang satu filem Islamik. Saya pasti ramai dikalangan u all yang dah tonton cerita ni.

Filem Tahajjud Cinta merupakan sebuah filem Islamik yang bermula dengan kisah mengenai persahabatan antara Citra Maisarah (Fazura), Seri (Fauziah Ghous) yang tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Secara keseluruhan cerita ni adalah lebih kepada hukum hakam agama Islam di dalam perkahwinan.

Positif
Pada pendapat saya cerita ni bagus dari segi pembawakan watak Citra yang dilakonkan oleh Fazura yang tegas dan berani untuk menegakkan kebenaran rumah tangga dari segi perspektif Islam. Cara hujahnya yang menghuraikan tentang akta-akta mengikut undang-undang serta huraian dalil dan hadis sangat menakjubkan.

Negatif
Mengikut kajian saya, terdapat satu konflik di dalam satu babak di mana Citra menasihati kakaknya Emelda ( dilakonkan oleh Tiz Zaqyah ) berkenaan kes penceraian atau talak. Di dalam dialog tersebut Emelda ada menyatakan satu Hadith berbunyi :

Emelda :" bukankah di dalam satu Hadith ada mengatakan janganlah engkau talak kerana talak itu akan menggegarkan Arash?"

Citra : " Hadith itu adalah palsu. Takkanlah disebabkan satu pasangan bercerai boleh menggegarkan Arash?"

Dialog ini telah menimbulkan kemusykilan ramai tentang Hadith tersebut. Jadi, kepada sesiapa yang ingin memberi pendapat tentang permasalahan ini, silalah follow saya ye...

Sekian, Wassalam... (^_^)




  


Pemikiran Anti-tuhan

Assalamualaikum semua..
Di sini saya ade satu information yang sangat penting untuk dikongsikan bersama. Ianaya tentang dua filem yang mempunyai pengaruh Yahudi yang sangat kuat iaitu pemikiran Anti-Tuhan. Sepertimana yang kita tahu, golongan anti-tuhan dikenali sebagai Animisme iaitu tidak mempunyai apa-apa pegangan atau agama.

Salah satu daripadanya adalah filem English Artifical Intelligence (A.I) yang mana mengisahkan tentang para saintis yang sudah berjaya mencipta pelbagai robot yang menyerupai manusia pada suatu zaman.

Antara robot yang paling berjaya dicipta ialah robot seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang mempunyai perasaan dan boleh menangis. Konsep anti-tuhan di dalam filem ini dapat dilihat pada ciptaan robot itu sendiri di mana pengarahnya  Steven Spielberg cuba menjelaskan maksud tersirat bahawa suatu hari kelak manusia juga mencipta robot yang mempunyai roh dan perasaan seakan-akan manusia.





 Seterusnya adalah movie The Adam's Family yang mana mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sangat aneh. Ini kerana mereka merupakan keluarga Drakula yang hanya boleh hidup bebas pada waktu malam dan hanya boleh hidup dengan minum darah.


 Di dalam filem ini, ada satu babak yang sangat bahaya pada kanak-kanak. Jika kita perasan, babak tu ketika Wednesday, anak perempuan Gomez (drakula) sedang bermain dengan adiknya Pugsley yang berbunyi : 



Pegsley : " Permainan apa yang hendak kita main hari ini?"

Wednesday : " Adakah tuhan itu wujud?"



Hal ini membahayakan adik-adik kita kerana dialognya disebut di dalam English. Jadi, tidak ramai di kalangan mereka faham akan maksudnya. Bahkan, they all akan terikut-ikut dengan sering mengulangi dialog yang dirasakan syoq!


So, pantaulah adik-adik u all atau tonton lah filem bersama they all supaya they all tidak mudah terpengaruh dengan apa yang they all tonton.


Sekian, wassalam~~~ (^_^)

Thursday 30 May 2013

"Dorayaki Berloceng"

Assalamualaikum u all..
"Hantu Dorayaki" kita sedang menunggu. Sepertimana yang saya janji sebelum ni, saya nak share pendapat dengan u all pasal cerita kucing berloceng ni. Saya taw ramai dikalangan kita suka tonton cerita ni dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

Secara umumnya, cerita ni memang nampak enjoy dan kelakar. Tapi disebalik ketawa dan girang, kita jangan lupa pasal akidah kita sebagai seorang Islam. Ini kerana, banyak episod dan babak di dalam cerita ni yang boleh menyebabkan akidah kita sedikit semi sedikit terusik dari landasannya.

Salah satu episodnya adalah "Kipas Ajaib". Di dalam episod ini, DORAEMON membawa   kawan-kawannya ( Nobita, Sizuka, Sunyo dan Giant) terbang hanya menggunakan sebuah kipas kecik. Bahagia betol kan?Jom tengok gambar di bawah.



hmmm..tapi bagi adik-adik kita yang di luar sana, jangan nak terpengaruh sangat taw. they all semua tu kartun. boleh la terbang guna kipas mainan. jangan adik-adik guna kipas syiling buat terbang dah la ye.. marah pulak mak nanti.. =p

Untuk kaitkan cerita ni dengan akidah umat Islam, kebanyakan daripada adik-adik kita akan berfikiran jauh serta berimaginasi tentang setiap cerita yang ditontonnya. Sebagai contoh, watak Nobita yang sering malas ke sekolah akan dibantu Doraemon untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

Tidakkah ianya salah satu helah Yahudi untuk menjadikan umat Islam ini menjadi malas dan tidak berjaya? Mereka ingin menjadikan kita seorang yang sering berada di bawah bantuan orang lain tanpa usaha sendiri. Nauzubillah... berjaga-jaga lah wahai sahabat-sahabat.. nasihatlah adik-adik kalian agar mereka tidak menjadi seorang yang lalai dan mundur.

Sekian~~~ Wassalam ^_^

"Hormat Vulcan"



Assalamualaikum semua...
harini saya nak share dengan u all pasal filem yang berkaitan dengan "Hormat Vulcan". Mungkin ada dikalangan u all yang pernah dengar perkataan ni. Tapi saya nak hurai dengan lebih mendalam lagi pasal simbol Yahudi yang satu ni.

Cara Hormat Vulcan dilakukan adalah dengan mengangkat sebelah atau kedu-dua belah tangan ke atas sambil merenggangkan jari manis ke arah jari kelengkeng dan jari tengah ke arah jari telunjuk. Kedudukan yang direnggangkan dengan cara macam ni akan menampakkan jari-jari tersebut seperti tiga jari yang besar. Cuba lihat pada gambar di bawah.



Huraian selanjutnya, simbol ini adalah kata-kata berupa "Salam Sejahtera" dalam budaya Yahudi. Jika umat Islam mengucapkan Assalamualaikum maka Yahudi pula menyebut Shalom Aleichem untuk menyapa kenalan sesama mereka. Seringkali kita orang Islam memberi salam tanpa bersalaman. Begitu juga orang Yahudi. Ucapan salam mereka tidak semestinya diikuti isyarat tangan ini.

Untuk dikaitkan dengan filem, "Doctor Who" merupakan sebuah filem bersiri sains fiksyen yang mengisahkan tentang kemampuan merentas masa, makhluk asing dan humanoid yang dikenali sebagai Doctor. Kelebihannya adalah mempunyai telepati dan mempunyai mesin merentas masa yang mampu meneroka ruang masa.

Waaahh,, hebat bukan? Mengalahkan Doraemon pulak. ^_^ Hmmm..tak pe lah. Pada sesiapa yang pernah tengok cerita ni, fikir la elok-elok ye. Sebelum terlupa, tunggu perkongsian saya yang akan datang tentang cerita kartun kegilaan ramai. Iaitu.. "DORAEMON"...dalam comel-comel cerita ni pon still ada pengaruhnya. Astaghfirullahalazim...

Sekian~~~ tq (^_^)