Friday 31 May 2013

~Cinta Islamik Berbau Syurga~






"Assalamualaikum cinta.."
"Waalaikumsalam rindu.."

Inilah lafaz keramat daripada filem 7 Petala Cinta yang mengisahkan cinta sesama manusia, cinta di antara seorang lelaki dan perempuan, cinta di antara seorang Islam dengan agamanya, cinta di antara seorang anak dan ayahnya dan cinta di antara guru dan pelajarnya.

Cerita ini bermula apabila Attar (Aeril Zafrel ), seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan Aby Ikhwan, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajarnya mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaan terhadap Saidatul Nafisa (Shima Anuar ) yang merupakan anak kepada gurunya iaitu Aby Ikhwan.

Positif
Jalan ceritanya yang penuh rasa kasih dan sayang membuatkan kita turut sama merasainya. Terutama sekali dalam babak Hamka (Fizo Omar) tunang kepada Nafisa yang sering menasihatinya tentang kesabaran dalam perhubungan.

Negatif
Secara zahirnya, kita dapat lihat pemakaian dan penampilan yang dipakai oleh watak-watak di dalam filem ini mengikut Islam. Akan tetapi ada sesetengah babak yang pemakaiannya kurang mengikut Islam. Terutamanya babak Nafisa dinikahkan dengan Attar. Wataknya yang memakai purdah tetapi memakai baju yang ketat akan mengubah perspektif orang bukan Islam terhadapnya.

Selain itu, walaupun cerita ini berunsurkan Islamik, tetapi kita dapat lihat bahawa pergaulan dan suasana di dalam cerita ini kurang menepati agama. Tambahan lagi dengan kehidupan mereka di dalam persekitaran sekolah agama (pondok).

Contohnya di dalam babak Nafisa berjumpa dengan Hamka di tepi pantai. Walaupun bertemankan seorang adik, akan tetapi ia akan menimbulkan fitnah pada sesiapa yang melihatnya. Apa salahnya kalau they all jumpa di rumah je? kan boleh ditemankan ibu bapa serta keluarga terus. Tambahan pula, di dalam babak tersebut Hamka ada meletakkan kain serbannya pada bahu Nafisa. Hmmm...dok molek kan?

Kesimpulannya, setiap apa yang ingin kita lakukan, fikirlah faedah dan kesannya. Bagi yang bergelar Islam, jika mahu dihormati orang lain, elakkanlah daripada difitnah. Sesungguhnya memfitnah itu lebih teruk dari membunuh.

Sekian, Wassalam.. (^_^)

No comments:

Post a Comment