Thursday 18 April 2013

Sauron Mata Dajjal....

Assalamualaikum.....
Petang ni saya dapat satu information yang sangat penting untuk dikongsi bersama. Filem ni memang biasa ditonton adik-adik kita pada zaman sekolah lagi. Tapi rasanya bukan adik-adik je, yang dah besaq panjang pon dok layan lagi cerita ni kan... =p

Baiklah, pada pandangan saya filem fantasi ini dapat manarik minat penonton dengan jalan cerita nya yang penuh dengan tanda tanya. Contohnya dalam babak Frodo (hobbit atau bahasa melayunya orang kerdil) yang terjumpa satu cincin ajaib. Cincin ni dikatakan mempunyai kuasa yang boleh membuatkan pemiliknya dapat menguasai dunia.

So,ada seorang  raja bernama Sauron (kononnya raja kegelapan merangkap ketua kepada segala kejahatan di dunia)  mahukan cincin tersebut. Tapi, Frodo the Hobbit tadi nak musnahkan cincin tersebut. Masalahnya, cincin tu hanya boleh dihancurka di satu tempat je iaitu di Gunung Doom yang terletak di Modor (agak aneh bunyinya) =p. So bermula lah pengembaraan Frodo yang penuh dengan cabaran.

Buat pengetahuan semua, watak Sauron dalam cerita ni menyerupai dengan seseorang or something (xtaw nk describe dia sebagai apa) yang menjadi musuh ketat kita. Dalam masa yang sama dia boleh menyesatkan seluruh umat manusia. Siapa lagi kalau bukan DAJJAL LAKNATULLAH.

Kalau u all perasan, watak Sauron merupakan pemerintah semua tentera-tentera syaitan, mempunyai kuasa mempengaruhi manusia agar mengikut kehendaknya. Kemudian dia akan gunakan pengikutnya tadi untuk menentang manusia yang mengingkarinya. So, bukan ke sama dengan sifat Dajjal?

Lagi satu, Sauron dikatakan telah mati di dalam satu peperangan besar dengan manusia dan pari-pari. Walaupun jasadnya tiada, roh nya dikatakan tinggal di menara tinggi yang mempunyai 'mata besar' yang memerhati keadaan sekeliling. Dajjal pula mempunyai mata satu dan tinggal di dalam dasar lautan. Bezanya cuma tempat tinggal mereka sahaja.

Sebagai penutup, berwaspadalah dengan apa yang kita tonton. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang diterapkan di dalamnya akan memesongkan akidah dan fahaman agama kita. So, renung-renungkan dan fikirkanlah. Wassalam~ ~ ~ ^_^

No comments:

Post a Comment