Wednesday 17 April 2013

Konsep Tree of Life


Assalamualaikum semua....
Harini saya nak share satu movie yang agak famous di kalangan kita. Mungkin sebelum ni u all pon dah pernah tengok movie ni. Tajuk cerita ni AVATAR. Asalnya cerita ni memang ada banyak episod. Tapi saya nak share secara keseluruhan tentang cerita ni dari segi negatif dan positif serta sesuatu yang tersirat di dalamnya.

Buat u all yang tak pernah tengok movie ni, mai sini cek nak habaq mai,, kalau ikut sinopsis dia cerita ni berkisah tentang manusia yang boleh hidup di alam makhluk lain. Tapi dengan syarat menggunakan tubuh makhluk yang bergelar suku Na'vi ( orang asli separa manusia dan separa haiwan ). So, Avatar ni sebenarnya makhluk yang manusia cipta serupa dengan makhluk tersebut.

Positif- Kita dapat tengok betapa kreatifnya orang barat dalam membuat movie. Jalan ceritanya yang menarik serta berimaginasi tinggi dalam mencipta kehidupan yang berada di luar kotak fikiran kita.

Negatif- Ramai di kalangan kita yang tidak tahu bahawa filem ini sebenarnya mempunyai pengaruh Yahudi yang kuat. Buat pengetahuan semua, Ibnu Yaacob menerangkan di dalam bukunya yang berjudul " Rahsia Yahudi Dalam Filem " bahawa kajiannya menbuktikan Filem Avatar mempunyai konsep Tree of Life yang merupakan ajaran bersifat kerohanian Yahudi. Ini dapat dibuktikan dengan kehidupan Makhluk Na'vi di satu pokok yang besar yang they all puja.

Salah satu babak yang jelas tentang konsep Tree of Life ialah apabila seorang dukun wanita yang bernama Eywa membuat upacara penukaran roh di antara Jake (hero) dan Dr.Grace (rakannya) yang sedang nazak di bawah pokok besar. Bagi mereka, pokok besar tersebut mempunyai kuasa membaca fikiran dan akarnya yang berjuntai dan bercahaya itulah nyawanya.

Kesimpulannya, tak semua filem yang menarik boleh dipercayai, dan tak semua filem yang tak menarik tak boleh dipercayai. So, kalau nak tengok sesuatu movie tu, jangan la khusyuk sangat k. Tengok boleh, percaya jangan. Ok, that's all for today. Renung-renungkan lah ye... Wassalam ~ ~ ~ ^_^ 


No comments:

Post a Comment