Friday 31 May 2013

~Tahajjud Cinta~




Assalamualaikum semua... 

Saya ingin berkongsi pendapat bersama u all tentang satu filem Islamik. Saya pasti ramai dikalangan u all yang dah tonton cerita ni.

Filem Tahajjud Cinta merupakan sebuah filem Islamik yang bermula dengan kisah mengenai persahabatan antara Citra Maisarah (Fazura), Seri (Fauziah Ghous) yang tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Secara keseluruhan cerita ni adalah lebih kepada hukum hakam agama Islam di dalam perkahwinan.

Positif
Pada pendapat saya cerita ni bagus dari segi pembawakan watak Citra yang dilakonkan oleh Fazura yang tegas dan berani untuk menegakkan kebenaran rumah tangga dari segi perspektif Islam. Cara hujahnya yang menghuraikan tentang akta-akta mengikut undang-undang serta huraian dalil dan hadis sangat menakjubkan.

Negatif
Mengikut kajian saya, terdapat satu konflik di dalam satu babak di mana Citra menasihati kakaknya Emelda ( dilakonkan oleh Tiz Zaqyah ) berkenaan kes penceraian atau talak. Di dalam dialog tersebut Emelda ada menyatakan satu Hadith berbunyi :

Emelda :" bukankah di dalam satu Hadith ada mengatakan janganlah engkau talak kerana talak itu akan menggegarkan Arash?"

Citra : " Hadith itu adalah palsu. Takkanlah disebabkan satu pasangan bercerai boleh menggegarkan Arash?"

Dialog ini telah menimbulkan kemusykilan ramai tentang Hadith tersebut. Jadi, kepada sesiapa yang ingin memberi pendapat tentang permasalahan ini, silalah follow saya ye...

Sekian, Wassalam... (^_^)




  


No comments:

Post a Comment